Abstract:
Peningkatan bilangan kematian serta kesannya ke atas
pembangunan negara merupakan isu hangat yang sering
diperkatakan. Hal ini kerana kekurangan sumber modal
insan menyekatkan pembangunan negara. Oleh yang
demikian, kajian
in, dijalankan dengan objektif
menganalisis faktor-faktor kematian yang meningkatkan
jumlah kematian tahunan dalam negara serta kesannya ke
atas pembangunan negara. Memandangkan jumlah
kematian tahunan yang semakin meningkat di negara
kesan daripada peningkatan kemalangan jalan raya dan
kemunculan pelbagai penyakit kronik maka kajian ini
amatlah diperlukan untuk membaiki keadaan semasa.
Kajian L.Ruiz-Godoy, P.Rizo Rios, F.Sanchez Cervantes,
A.Osornio-Vargas, C.Garcia-Cuellara dan A.Meneses
Garcia (2007) menyatakan bahawa kadar kematian
tertinggi yang disebabkan oleh kanser di seluruh dunia
merupakan kanser paru-paru. Z.M.Chirenje pula
mengatakan bahawa kanser serviks merupakan punca
kedua yang paling biasa yang berkaitan dengan kematian
wanita dan kadar kematian kanser bagi wanita adalah
tinggi di negeri yang kekurangan sumber. Kaedah SPSS
digunakan bagi menguji hubungan antara pembolehubah.
Dari segi ujian kolerasi, wujud hubungan signifikan antara
faktor-faktor kematian dengan jumlah kematian tahunan.
Selain itu, hubungan signifikan turut wujud antara jumlah
kematian tahunan dengan perbelanjaan dalam KDNK
(Keluaran Dalam Negara Kasar) menerusi ujian kolerasi.
Manakala dari segi ujian regresi, wujud hubungan
signifikan antara faktor-faktor kematian dengan jumlah
kematian tahunan iaitu peningkatan dalam faktor-faktor
kematian akan mempengaruhi peningkatan jumlah
kematian tahunan seterusnya meningkatkan perbelanjaan
dalam KDNK.