Abstract:
Malaysia adalah sebuah negara yang sering mengalami pelbagai fenomena cuaca seperti
banjir dan kemarau yang boleh memberi kesan kepada ekonomi dan kehidupan.
Pemanasan global merupakan satu isu dunia yang kritikal termasuk Malaysia. Pada masa
akan datang, perubahan iklim akan menjadi fokus yang akan diberi perhatian selari
dengan peningkatan kesedaran pembuat polisi dan orang awam dalam isu-isu berkaitan
perubahan iklim. Reaksi pelbagai kumpulan termasuk pihak kerajaan, badan bukan
kerajaan (NGO), saintis dan orang awam kesemuanya menunjukkan bertapa perlunya
menangani isu berkaitan dengan pemanasan global yang memberi kesan \angsung kepada
perubahan ik\im. Kajian ini dija\ankan untuk me\ihat faktor-faktor yang menyebabkan
fenomena ini ber\aku. Kaedah ekonometrik yang digunakan ada\ah ana\isis Regrasi
Linear Berbilang dan Ana\isis Kolerasi dengan aplikasi perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS). Beberapa faktor yang dilihat dapat memberi impak terhadap
fenomena ini ialah keluasan kawasan hutan, jumlah keluasan pertanian, jumlah tenaga
elektrik yang dijanakan, jumlah kenderaan berdaftar dan bilangan pertubuhan
perindustrian. Daripada analisis yang diperoleh, didapati semua pemboleh ubah yang
dipilih adalah signifikan dan memberi kesan kepada peningkatan suhu. Oleh itu, kajian
penilaian risiko perubahan iklim dan langkah-langkah pengawalan perlu selari dengan
usaha untuk melambatkan peningkatan suhu disamping meningkatkan ekonomi ke tahap
yang lebih kukuh.