| dc.description.abstract |
Secara umumnya, kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengkaji mengenai Tren
Perdagangan Komoditi Eksport Utama di Malaysia bagi setiap komoditi. Melalui
kajian ini juga, pengkaji akan menganalisis dengan lebih mendalam lagi tentang
harga, kadar tukaran asing dan perubahan pemimpin sebelum dan selepas. Harga
bagi komoditi eksport utama akan di analisis untuk setiap komoditi iaitu komoditi
kelapa sawit, getah, minyak mentah, gas asli dan kayu balak. Selain itu, kadar
tukaran asing juga akan di analisis di mana ianya mempengaruhi eksport komoditi
utama atau tidak. Bagi perubahan pemimpin juga aka di analisis sama ada ianya
mempengaruhi komoditi eksport utama atau pun tidak. Data yang akan digunakan
dalam kajian ini adalah data sekundar dan data siri masa iaitu sebanyak enam belas
tahun antara tahun 1990 hingga tahun 2005. Model yang akan digunakan dalam
menganalisis data ini adalah model Kuasa Dua Terkecil Peringkat Kedua atau 2SLS.
Model ini dapat menyelesaikan segala persoalan yang timbul dalam kajian ini untuk
mencapai objektif sebenar. |
en_US |