| dc.description.abstract |
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pelaburan asing langsung merupakan salah satu
daripada isu yang hangat dibincangkan. Beberapa penyelidik mendapat bahawa
pelaburan asing langsung menyumbang kepada penyebaran teknologi dan memainkan
peranan utama dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh demikian, dengan
menggunakan data tahunan dari tahun 1980 hingga tahun 2006, pengkaji akan mengkaji
dan menilai secara menyeluruh kesan pelaburan asing langsung terhadap pertumbuhan
ekonomi di negara Malaysia, Thailand, Indonesia, China dan India. Bagi mencapai
objektif tersebut, kaedah kointegrasi Johansen dan ujian penyebab Granger dalam versi
vektor autoregresi diaplikasikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaburan asing
langsung tidak memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi kelima-lima negara ini
dalam jangka panjang kecuali di Indonesia. Waiau bagaimanapun, keputusan
menunjukkan bahawa pelaburan asing langsung membawa kesan positif kepada
pertumbuhan ekonomi di kelima-lima buah negara ini dalam jangka panjang. Justeru,
beberapa polisi dan langkah yang sesuai akan dicadangkan di akhir kajian ini untuk
menarik masuk lebih banyak pelaburan asing langsung. |
en_US |