Abstract:
Kajian ini mengaplikasikan Pilihan Dikotomi Kaedah Penilaian Kontinjen (CVM)
untuk menganggarkan nilai kesanggupan membayar individu (WTP) terhadap
Program Pemuliharaan Badak Sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) di Sabah,
Malaysia. Nilai bukan gunaan ini diterbitkan melalui keprihatinan masyarakat
terhadap pemuliharaan Badak Sumatera yang merangkumi nilai warisan dan nilai
kewujudan. Hasil keputusan daripada 255 orang responden yang disoal selidik secara
individu telah menyatakan purata nilai kesanggupan membayar (WTP) ialah
RM23.04. Oleh itu, keputusan ini menunjukkan masyarakat negeri Sabah sanggup
menyumbang derma untuk menyokong Program Pemuliharaan Badak Sumatera ini.
Akhir sekali, beberapa cadangan dan implikasi dasar yang relevan telah dicadangkan
bagi menyokong Program Pemuliharaan Badak Sumatera khususnya di Negeri Sabah.