DSpace Repository

Analisis hasil dan perbelanjaan : kajian kes kerajaan Negeri Johor

Show simple item record

dc.contributor.author Farhana Ja'afar
dc.date.accessioned 2018-07-26T03:33:18Z
dc.date.available 2018-07-26T03:33:18Z
dc.date.issued 2008
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9532
dc.description.abstract Hasil dan perbelanjaan merupakan dua elemen penting dalam dasar fiskal yang juga merupakan satu dasar kawalan langsung yang dijalankan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat ekonomi sesebuah negara. Dalam mewujudkan sebuah kerajaan yang cekap dan menyeluruh (holistik) memerlukan keseimbangan dalam pelbagai aspek. Oleh itu, pembolehubah hasil dan perbelanjaan merupakan dua elemen utama yang penting dalam kajian ini. Kerajaan Negeri Johor mengalami masalah bajet defisit yang berlarutan dan jika tidak ditangani akan memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi negeri tersebut iaitu menyebabkan ekonomi negeri tidak berkembang. Oleh itu satu kajian dijalankan bagi melihat hubungan antara hasil dan perbelanjaan yang menggunakan kaedah ekonometrik siri masa seperti Ujian Kointegrasi, Ujian Sebab-akibat Granger, Kaedah Penghuraian Varians dan fungsi tindak balas diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan yang positif dalam jangka pendek dan jangka panjang bagi semua pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Penemuan hasil kajian ini telah memberi beberapa implikasi penting kepada strategi belanjawan Kerajaan Negeri Johor. Oleh itu, satu strategi belanjawan yang proaktif perlu dijalankan bagi menangani isu bajet defisit yang boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya. en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Farhana Ja'afar en_US
dc.subject LP 16 FPE 2 2008 en_US
dc.title Analisis hasil dan perbelanjaan : kajian kes kerajaan Negeri Johor en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account