Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu-penentu pembentukan modal insan dan
sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini memberi fokus kepada
kesan perbelanjaan pendidikan kepada pembangunan modal insan dan pertumbuhan
ekonomi. Terdapat empat pembolehubah bebas yang dikenalpasti bagi meningkatkan
pembangunan modal insan iaitu perbelanjaan mengurus bagi pendidikan dan latihan,
perbelanjaan pembangunan bagi pendidikan dan latihan, jumlah guna tenaga serta jumlah
populasi. Pertumbuhan ekonomi negara pula dipilih sebagai pembolehubah bersandar.
Analisis model regresi berbilang dan analisis korelasi telah digunakan sebagai metodologi
dalam menghasilkan output. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kesemua
pembolehubah bebas mempunyai hubungan signifikan dengan pembolehubah bersandar.
lni membuktikan bahawa penentu-penentu kepada pembangunan modal insan ini banyak
memberi sumbangan terhadap ekonomi negara. Dengan ini, pihak kerajaan haruslah
memandang serius terhadap perancangan yang akan dilakukan bagi meningkatkan
pembangunan modal insan negara.