DSpace Repository

Analisis pembentukan modal insan terhadap pertumbuhan ekonomi negara

Show simple item record

dc.contributor.author Faraidayu Mohd Fadzil
dc.date.accessioned 2018-07-26T03:33:28Z
dc.date.available 2018-07-26T03:33:28Z
dc.date.issued 2008
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9533
dc.description.abstract Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu-penentu pembentukan modal insan dan sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini memberi fokus kepada kesan perbelanjaan pendidikan kepada pembangunan modal insan dan pertumbuhan ekonomi. Terdapat empat pembolehubah bebas yang dikenalpasti bagi meningkatkan pembangunan modal insan iaitu perbelanjaan mengurus bagi pendidikan dan latihan, perbelanjaan pembangunan bagi pendidikan dan latihan, jumlah guna tenaga serta jumlah populasi. Pertumbuhan ekonomi negara pula dipilih sebagai pembolehubah bersandar. Analisis model regresi berbilang dan analisis korelasi telah digunakan sebagai metodologi dalam menghasilkan output. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kesemua pembolehubah bebas mempunyai hubungan signifikan dengan pembolehubah bersandar. lni membuktikan bahawa penentu-penentu kepada pembangunan modal insan ini banyak memberi sumbangan terhadap ekonomi negara. Dengan ini, pihak kerajaan haruslah memandang serius terhadap perancangan yang akan dilakukan bagi meningkatkan pembangunan modal insan negara. en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Faraidayu Mohd Fadzil en_US
dc.subject LP 15 FPE 2 2008 en_US
dc.title Analisis pembentukan modal insan terhadap pertumbuhan ekonomi negara en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account