| dc.description.abstract |
Kepesatan pembangunan dunia bukan saja memberi tekanan dalam pembangunan
ekonomi tapi juga agenda pendidikan terutama di negara Malaysia. Peningkatan terhadap
kepentingan memperoleh pulangan pendidikan yang setimpal adalah sangat
dititikberatkan. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana pelaburan pendidikan
dalam sektor awam berbeza berbanding dengan sektor swasta dari segi kos-kos yang
terlibat, jangkaan pulangan yang diperolehi, ciri-ciri pelajar yang belajar di institusi
berkenaan dan persepsi mereka terhadap program pengajian yang ditawarkan. Pendekatan
kadar pulangan dalaman (IRR) umpamanya telah membuktikan bahawa pendidikan
berupaya meningkatkan produktiviti dan pendapatan individu melalui taraf pendidikan.
Maka, melalui kajian ini terdapat beberapa cadangan dan implikasi dasar bagi
menjelaskan kadar pulangan pendidikan yang saksama antara kedua-dua sektor. |
en_US |