| dc.description.abstract |
Kertas kerja ini mengkaji pertalian yang wujud antara pengangguran dengan
pertumbuhan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dengan menggunakan
data siri masa berbentuk tahunan bagi tahun 1976 hingga 2005. Dalam kajian ini,
terdapat tiga permasalahan pengangguran iaitu kesan buruk pengangguran ke atas taraf
hidup masyarakat, pengangguran dan kemiskinan masih berlaku walaupun kemajuan
teknologi dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran serta membangunkan ekonomi
negara dan masalah pengangguran yang serius di kalangan siswazah pada masa kini.
Analisis kolerasi, model regresi dan plot digunakan untuk menganalisis hubungan
tersebut. Dalam kajian ini, ia melibatkan tiga pembolehubah kajian iaitu pengangguran
sebagai pembolehubah bersandar, dua pembolehubah bebas iaitu pertumbuhan
ekonomi dan pertumbuhan produktiviti. Analisis kolerasi menunjukkan hubungan antara
pengangguran dengan pertumbuhan produktiviti dan hubungan antara pengangguran
dengan pertumbuhan ekonomi adalah songsang dan bersifat kuat. Model regresi
menunjukkan peningkatan pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan produktiviti dapat
mengurangkan pengangguran. |
en_US |