DSpace Repository

Kesan pembangunan digital keatas taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar : kajian kes Pahang

Show simple item record

dc.contributor.author Che Marina Che Ibrahim
dc.date.accessioned 2018-07-26T03:34:03Z
dc.date.available 2018-07-26T03:34:03Z
dc.date.issued 2008
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9537
dc.description.abstract Kajian ini adalah untuk membuat analisis perbandingan taraf sosioekonomi di antara dua kawasan yang mempunyai kemudahan teknologi digital dengan kawasan yang tidak mempunyai kemudahan teknologi digital. Berdasarkan kajian lepas yang dijalankan oleh Niles dan Hanson (2003), mendapati bahawa kawasan yang berbeza-beza dari segi kemudahan digital adalah faktor utama yang menyukarkan perolehan capaian dan penggunaan teknologi maklumat. Manakala kajian oleh e-Bario (1990) pula, mendapati bahawa "tele centre" komuniti mampu meningkatkan kehidupan marginal kumpulan komuniti kecil dan pedalaman di Sarawak. Fan dan Xiaobo (2004) pula, menyatakan infrastruktur pedalaman dan pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menerangkan perbezaan produktiviti pedalaman bukan pertanian berbanding produktiviti pertanian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah persamaan sistem iaitu "Seemingly Unrelated Regression" bagi mengenalpasti hubungan pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar di kawasan yang berlainan. Hasil kajian membuktikan bahawa wujudnya kesan yang positif antara pembolehubah bebas dan bersandar akibat daripada pembangunan digital yang dijalankan. Responden yang berada di kawasan yang mempunyai pembangunan digital mempunyai taraf hidup yang lebih baik berbanding responden di kawasan yang tidak mempunyai pembangunan digital. Hal ini, dapat ditunjukkan oleh perbezaan taraf pendidikan isi rumah dan pendapatan responden di kedua-dua kawasan kajian. Oleh itu, kajian ini mencadangkan beberapa strategi untuk digunakan oleh penggubal dasar bagi merangka pelbagai dasar serta program bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan kadar celik IT. en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Che Marina Che Ibrahim en_US
dc.subject LP 11 FPE 2 2008 en_US
dc.title Kesan pembangunan digital keatas taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar : kajian kes Pahang en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account