| dc.description.abstract |
Kajian ini menganalisis Pelaburan Langsung Asing (FOi) di negara Malaysia dan China
dari segi prestasi dan cabaran. Ciri-ciri seperti keterbukaan perdagangan, perlindungan
undang-undang hak cipta, kadar cukai yang rendah, komitmen kepada penentuan harga
pasaran, tenaga pekerja yang berpendidikan tinggi, sistem kewangan yang cekap, urus
tadbir korporat yang mantap, infrastruktur yang maju dan pelbagai insentif cukai terus
dianggap sebagai kelebihan yang ada pada Malaysia untuk mengembangkan FOi.
Kajian ini telah memberi penumpuan kepada FOi di dua buah negara iaitu negara
Malaysia dan China. Dari segi prestasi, perbandingan dibuat berdasarkan aliran masuk
FOi, upah buruh dan GDP per kapita benar. Dari segi cabaran pula, analisis dilakukan
terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan FOi ke negara Malaysia dan
China. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh pemboleh ubah bebas
iaitu upah buruh dan GDP per kapita benar terhadap FOi negara Malaysia dan China.
Kaedah regrasi linear digunakan bagi menganggarkan hubungan setiap pemboleh ubah
tersebut. Keputusan kajian membuktikan bahawa wujudnya perhubungan langsung
antara upah buruh dan GDP per kapita benar dalam mempengaruhi FOi negara
Malaysia dan China. |
en_US |