Abstract:
Di Malaysia, pihak berkuasa tempatan adalah bertanggungjawab dalam perkhidmatan
pengurusan sisa pepejal. Untuk mengurangkan beban yang dipikul oleh pihak berkuasa
tempatan, proses penswastaan dalam perkhidmatan pengurusan sisa pepejal telah
diperkenalkan pada tahun 1996. Ianya bertujuan untuk mengintegrasikan sistem
pengurusan sisa pepejal yang efisien di samping meningkatkan kualiti alam sekitar
melalui penggunaan semula sumber dan pengurangan sisa. Waiau bagaimanapun,
didapati bahawa berlakunya ketidakpastian dalam sikap dan tahap kesedaran pengguna
berhubung kepada beberapa isu dalam pengurusan sisa pepejal yang menghalang
perlaksanaan pengurusan sisa pepejal yang efisien. lsu utama dalam masalah pengurusan
sisa pepejal ini adalah permintaan pengguna atau kesanggupan membayar terhadap jenis
kriteria perkhidmatan yang disediakan. Oleh itu, kajian ini akan melihat ciri - ciri yang
masyarakat akan pertimbangkan bagi membaiki sistem pengurusan sis pepejal yang sedia
ada berdasarkan kepada atribut - atribut perkhidmatan iaitu kekerapan memungut
sampah, kaedah pelupusan sampah dan kesan kepada alam sekitar. Kajian ini
menggunakan teknik penilaian bukan pasaran iaitu analisis Model Pilihan bagi menilai
kesanggupan membayar masyarakat setempat terhadap sistem pengurusan sisa pepejal di
Sarawak. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat pilihan atribut yang
diutamakan oleh masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat sanggup
membayar sejumlah wang bagi membaiki sistem pengurusan sisa pepejal yang sedia ada.
Di akhir kajian ini, beberapa interpretasi dasar dan cadangan dikemukakan bagi
membaiki dan meningkatkan sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia, khususnya di
Sarawak.