DSpace Repository

Analisis model pilihan dalam pengurusan sisa pepejal di Sarawak

Show simple item record

dc.contributor.author Caroline Amy Tyon
dc.date.accessioned 2018-07-26T03:34:31Z
dc.date.available 2018-07-26T03:34:31Z
dc.date.issued 2008
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9540
dc.description.abstract Di Malaysia, pihak berkuasa tempatan adalah bertanggungjawab dalam perkhidmatan pengurusan sisa pepejal. Untuk mengurangkan beban yang dipikul oleh pihak berkuasa tempatan, proses penswastaan dalam perkhidmatan pengurusan sisa pepejal telah diperkenalkan pada tahun 1996. Ianya bertujuan untuk mengintegrasikan sistem pengurusan sisa pepejal yang efisien di samping meningkatkan kualiti alam sekitar melalui penggunaan semula sumber dan pengurangan sisa. Waiau bagaimanapun, didapati bahawa berlakunya ketidakpastian dalam sikap dan tahap kesedaran pengguna berhubung kepada beberapa isu dalam pengurusan sisa pepejal yang menghalang perlaksanaan pengurusan sisa pepejal yang efisien. lsu utama dalam masalah pengurusan sisa pepejal ini adalah permintaan pengguna atau kesanggupan membayar terhadap jenis kriteria perkhidmatan yang disediakan. Oleh itu, kajian ini akan melihat ciri - ciri yang masyarakat akan pertimbangkan bagi membaiki sistem pengurusan sis pepejal yang sedia ada berdasarkan kepada atribut - atribut perkhidmatan iaitu kekerapan memungut sampah, kaedah pelupusan sampah dan kesan kepada alam sekitar. Kajian ini menggunakan teknik penilaian bukan pasaran iaitu analisis Model Pilihan bagi menilai kesanggupan membayar masyarakat setempat terhadap sistem pengurusan sisa pepejal di Sarawak. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat pilihan atribut yang diutamakan oleh masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat sanggup membayar sejumlah wang bagi membaiki sistem pengurusan sisa pepejal yang sedia ada. Di akhir kajian ini, beberapa interpretasi dasar dan cadangan dikemukakan bagi membaiki dan meningkatkan sistem pengurusan sisa pepejal di Malaysia, khususnya di Sarawak. en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject LP 9 FPE 2 2008 en_US
dc.subject Caroline Amy Tyon en_US
dc.title Analisis model pilihan dalam pengurusan sisa pepejal di Sarawak en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account