DSpace Repository

Analisis corak pendapatan dan perbelanjaan isi rumah di Kuala Terengganu

Show simple item record

dc.contributor.author Bong Li Fong
dc.date.accessioned 2018-07-26T03:34:57Z
dc.date.available 2018-07-26T03:34:57Z
dc.date.issued 2008
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9542
dc.description.abstract Isu mengenai kemiskinan dan kualiti hidup di Kuala Terengganu menjadi sangat penting kerana kebanyakan daripada isi rumah tergolong dalam golongan miskin dan pembasmian kemiskinan di kalangan golongan ini menjadi salah satu aspek yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pembasmian kemiskinan di Kuala Terengganu harus menekankan kepada pembangunan sektor utama yang produktif dan mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kajian ini menganalisis corak pendapatan dan perbelanjaan isi rumah di Kuala Terengganu. Kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Joseph P. Dejuan ( 1999) serta Joanne Cutler (2005) menunjukkan bahawa sememangnya terdapat hubungan yang kuat antara pendapatan dan kekayaan dengan perbelanjaan isi rumah. Justeru itu, kajian ini memberi tumpuan kepada aspek pendapatan, perbelanjaan, pinjaman, tabungan dan taraf hidup isi rumah. Data yang digunakan merupakan data primer yang dikumpulkan melalui kaedah soal selidik yang dilakukan ke atas 100 orang responden yang dipilih secara rawak di kawasan sekitar Kuala Terengganu. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah SPSS. Hasil kajian korelasi menunjukkan bahawa tabungan mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan jumlah pendapatan. Perbelanjaan makanan dan pengangkutan atau komunikasi mempunyai hubungan kuat dengan jumlah pendapatan manakala hubungan antara perbelanjaan kesihatan dengan jumlah pendapatan adalah sederhana. Dari aspek perbelanjaan pendidikan pula, kajian mendapati bahawa hubungan di antara perbelanjaan pendidikan dengan jumlah pendapatan dan jumlah pinjaman adalah sederhana. Waiau bagaimanapun, keputusan kajian regresi menunjukkan bahawa semua pemboleh ubah bebas yang diuji adalah signifikan dengan pemboleh ubah bersandar. en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Bong Li Fong en_US
dc.subject LP 8 FPE 2 2008 en_US
dc.title Analisis corak pendapatan dan perbelanjaan isi rumah di Kuala Terengganu en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account