Abstract:
Kajian ini menilai pembangunan sosial bagi negara Malaysia, Singapura, Indonesia dan
Nigeria berdasarkan lndeks Pembangunan Manusia negara tersebut. lndeks
Pembangunan Manusia dikaji berdasarkan pembolehubah-pembolehubah seperti
jangka hayat, pendidikan dan pendapatan penduduk sesebuah negara. Data-data yang
digunakan di dalam kajian ini diperoleh daripada Bank Dunia. Hasil kajian menunjukkan
lndeks Pembangunan Manusia berhubung secara langsung dengan pembangunan
sosial. Pembangunan sosial sesebuah negara membawa kepada peningkatan kebajikan
masyarakat bagi sesebuah negara.