Abstract:
Pendidikan merupakan satu alat yang penting untuk membangunkan sesebuah negara
dan turut memainkan peranan dalam pembangunan modal insan pada masa akan
datang. Di samping itu, pelaburan modal insan turut memberi kesan ke atas
pendapatan seumur hidup individu sehinggalah pada usia persaraan mereka. Dengan
itu, kajian ini telah menggunakan analisis regresi Mincerian untuk menilai tahap
pulangan pendidikan di kalangan graduan institut pengajian tinggi di Malaysia. Data
yang digunakan dalam kajian ini diperoleh daripada soal selidik secara rawak ke atas
50 graduan di institusi pengajian tinggi yang berumur 21-45 tahun. Bagi tujuan
menilai koefisien pulangan pendidikan, semua data telah dikira ke dalam bentuk
persamaan pendapatan Mincerian. Akhir sekali, basil kajian ini telah menunjukkan
bahawa wujud korelasi antara pulangan pendidikan dan tahun pencapaian pendidikan
dan juga pengalaman dalam pasaran buruh. Oleh itu, kajian ini telah memperkenalkan
beberapa polisi-polisi penting untuk meningkatkan tahap pulangan pendidikan para
graduan pada masa hadapan.