Abstract:
Kertas projek ini melibatkan 2 pendekatan, iaitu model regresi linear dan model
univariat atau dikenali sebagai model ARIMA. Model pertumbuhan endogenous
seperti yang dicadangkan oleh Romer diubahsuaikan dalam mengkaji kesan kadar
inflasi terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia selepas krisis kewangan 1997.
Selain itu, model ARIMA menjelaskan tren pertumbuhan ekonomi berdasarkan nilai
dan ralatnya yang lepas. Tujuan kertas ini adalah mengukur sejauh manakah
kerajaan Malaysia telah mengawal tingkat harga umum dan pada masa yang sama
menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Kertas ini mempertikaikan bahawa kenaikan
harga barang runcit kebelakangan ini sebenarnya tidak memberi kesan yang besar
kepada pendapatan negara dan ini telah mengimbangi pengurangan dalam kuasa
beli pengguna. Persoalan juga timbul apabila prestasi ekonomi yang dilanda oleh
krisis kewangan telah menyusahkan proses membuat keputusan pelaburan oleh
sektor ekonomi. Oleh itu, model ARIMA digunakan dalam menjelaskan tren
pertumbuhan ekonomi dalam tempoh masa tahun 1992 hingga tahun 2007. Kedua
dua model dianggarkan dengan kaedah OLS. Ujian diagnostik dijalankan untuk
meningkatkan kebolehpercayaan kajian ini. Oleh itu, model ini adalah bebas
daripada masalah siri korelasi dan heteroskedastisiti. Kertas ini mencadangkan
bahawa kaedah ARIMA lebih sesuai digunakan untuk peramalan luar sampel
terutamanya dalam jangka masa pendek. Pertumbuhan ekonomi Malaysia
diramalkan mencapai 7.4% dan 5.9% pada tahun 2008 dan tahun 2009 masing
masing.