DSpace Repository

Kesan banjir ke atas pembangunan ekonomi kajian kes : Kota Tinggi

Show simple item record

dc.contributor.author Aleff Omar Shah Nordin
dc.date.accessioned 2018-07-26T03:35:38Z
dc.date.available 2018-07-26T03:35:38Z
dc.date.issued 2008
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9546
dc.description.abstract Banjir merupakan suatu fenomena dan bencana alam yang boleh mendatangkan impak negatif kepada ekonomi dan sosial masyarakat. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ketiga terbesar yang telah menyebabkan kerugian dan kemusnahan harta benda. Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, banjir besar telah melanda Negeri Johor di mana hampir keseluruhan daerah di Negeri Johor telah dilanda banjir. Kota Tinggi adalah di antara daerah yang paling teruk terjejas dan merupakan banjir yang paling besar dan terburuk dalam sejarahnya. Akibat daripada banjir tersebut, penduduk di Kota Tinggi telah mengalami kerugian yang besar akibat kemusnahan harta benda, infrastruktur dan telah mengakibatkan daerah Kota Tinggi terputus hubungan dengan daerah-daerah lain di Negeri Johor serta membantutkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di Kota Tinggi. Justeru itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh manakah bencana banjir memberi impak kepada pembangunan ekonomi di Daerah Kota Tinggi. Kajian ini menggunakan model regrasi berbilang dan pengujian statistik untuk menguji hubungan di antara pemboleh ubah bebas dan pembolehubah bersandar yang telah dipilih. Keputusan hasil kajian membuktikan bahawa bencana banjir yang telah melanda Daerah Kota Tinggi telah menjejaskan pembangunan ekonomi dan telah menjejaskan sosio ekonomi penduduk di daerah tersebut. en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Aleff Omar Shah Nordin en_US
dc.subject LP 4 FPE 2 2008 en_US
dc.title Kesan banjir ke atas pembangunan ekonomi kajian kes : Kota Tinggi en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account