Abstract:
Negara-negara yang mundur dan negara dalam proses modenisasi hanya bergantung dan
tertumpu kepada sektor primer atau lebih dikenali sebagai 'sektor klasik' bagi
mengerakkan pertumbuhan ekonomi negaranya. Waiau bagaimanapun, negara
membangun seperti Malaysia yang telah 50 tahun mengecap kemerdekaan, sektor primer
masih diberi keutamaan dan diberi nafas baru dalam menjana sumbangan terhadap
pertumbuhan ekonomi Malaysia serta ia berperanan menjadi perantara dalam
membangunkan sektor sekunder dan sektor tertier. Cabaran-cabaran global yang tidak
menentu secara tidak langsung membawa perubahan terhadap struktur ekonomi
Malaysia. Kajian ini dilaksanakan bagi mengukur sumbangan sektor-sektor ekonomi
dalam menjana pertumbuhan output Malaysia dengan menggunakan pendekatan model
input-output bagi tempoh 1980an hingga 2000. Tumpuan kajian ini mengkhususkan
kepada kesan langsung dan kesan tidak langsung bagi melihat kebergantungan kerajaan
terhadap sektor pembuatan dan gabungan sektor primer dan sektor tertier yang
dinamakan sebagai sektor bukan pembuatan. Beberapa implikasi dasar serta polisi
dibincangkan di akhir kajian ini untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi Malaysia
dalam menghadapi fenomena persekitaran ekonomi global yang kian mencabar dan
dalam menyahut status negara maju menjelang tahun 2020.