Abstract:
Bon merupakan salah satu produk yang diniagakan di pasaran modal. Peratus
penerbitan bon kepada KDNK mengalami peningkatan dari 46% pada tahun 1996
kepada 81 % pada tahun 2004. Perkembangan ini menunjukkan peranan pasaran bon
yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi. Sehubungan itu,tujuan kajian ini adalah
untuk menganalisis penentu pergerakan hasil bon. Penentu pergerakan hasil bon yang
dikenali pasti adalah KDNK, harga bon, penawaran wang dan kadar bunga. Bagi
mencapai objektif, kajian ini menggunakan analisis kointergrasi dan model pembetulan
ralat bagi mengenalpasti hubungan jangka panjang dan jangka pendek antara
pembolehubah. Hasil kajian menunjukkan KDNK tidak signifikan dalam jangka pendek
dan pembolehubah kadar bunga memberi kesan positif pada jangka masa panjang.
Cadangan yang dibuat antaranya menyarankan supaya pihak kerajaan dapat
menstabilkan kadar bunga supaya pemegangan dan risiko pinjaman dapat dikurangkan.