Abstract:
Kajian ini dilakukan bagi melihat tret-tret personaliti di kalangan pelajar Sarjana
Muda Kaunseling Tahun Tiga dan juga hubunganya dengan pencapaian akademik.
Seramai 50 orang pelajar Sarjana Muda Kaunseling Tahun Tiga telah dipilih sebagai
responden. Teori yang digunakan ialah Teori Personaliti Hans Jurgen Eysecnck. Satu
set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Borang soal selidik ini mengandungi
dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A terdiri daripada latar
belakang respondan manakala bahagian B merupakan Junior Eysenck Personality
Inventory yang telah diterjemahkan oleh Sidek Mohd Noah. Data dianalisis dengan
menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai
tentang jenis-jenis dimensi personaliti dan pencapaian akademik. Manakala statistik
inferensi iaitu korelasi Pearson dan ujian-t digunakan untuk menunjukkan hubungan
antara dua pemboleh ubah iaitu personaliti dan pencapaian akademik dan perbezaan
antara dua pemboleh ubah iaitu personaliti dan jantina pelajar. Analisis dapatan kajian
adalah dengan menggunakan perisian SPSS 15.0 menunjukkan tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara personaliti dengan pencapaian akademik pelajar.
Manakala analisis kajian mengenai personaliti dengan jantina pula, menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan antara personaliti ekstrovert di kalangan pelajar
pada signifikan o.oo dan tidak terdapat hubungan antara personaliti neurosis dengan
jantina di kalangan pelajar iaitu pada signifikan 0.205.