DSpace Repository

Hubungan personaliti dan pencapaian akademik dikalangan pelajar sarjana muda kaunseling

Show simple item record

dc.contributor.author Wan Syazana Wan Ahmad@Seman
dc.contributor.author LP 13 FPE 1 2008
dc.date.accessioned 2018-07-26T03:37:36Z
dc.date.available 2018-07-26T03:37:36Z
dc.date.issued 2008
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9558
dc.description.abstract Kajian ini dilakukan bagi melihat tret-tret personaliti di kalangan pelajar Sarjana Muda Kaunseling Tahun Tiga dan juga hubunganya dengan pencapaian akademik. Seramai 50 orang pelajar Sarjana Muda Kaunseling Tahun Tiga telah dipilih sebagai responden. Teori yang digunakan ialah Teori Personaliti Hans Jurgen Eysecnck. Satu set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A terdiri daripada latar belakang respondan manakala bahagian B merupakan Junior Eysenck Personality Inventory yang telah diterjemahkan oleh Sidek Mohd Noah. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai tentang jenis-jenis dimensi personaliti dan pencapaian akademik. Manakala statistik inferensi iaitu korelasi Pearson dan ujian-t digunakan untuk menunjukkan hubungan antara dua pemboleh ubah iaitu personaliti dan pencapaian akademik dan perbezaan antara dua pemboleh ubah iaitu personaliti dan jantina pelajar. Analisis dapatan kajian adalah dengan menggunakan perisian SPSS 15.0 menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dengan pencapaian akademik pelajar. Manakala analisis kajian mengenai personaliti dengan jantina pula, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara personaliti ekstrovert di kalangan pelajar pada signifikan o.oo dan tidak terdapat hubungan antara personaliti neurosis dengan jantina di kalangan pelajar iaitu pada signifikan 0.205. en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Wan Syazana Wan Ahmad@Seman en_US
dc.subject LP 13 FPE 1 2008 en_US
dc.title Hubungan personaliti dan pencapaian akademik dikalangan pelajar sarjana muda kaunseling en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account