Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan
tahap pencapaian akademik. Kajian ini meliputi tiga dimensi gaya asuhan ibu bapa
iaitu gaya asuhan autoritatif, gaya asuhan permisif dan gaya asuhan authoritarian.
Selain daripada itu, pengkaji turut meninjau perbezaan pembolehubah tersebut
berdasarkan jantina. Seramai 156 orang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah
Kebangsaan Kabong Sarawak telah dijadikan sebagai responden kajian. Instrumen
kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama meliputi jantina dan
pencapaian akademik pelajar. Bahagian kedua pula ialah soal selidik "Parental
Authority Questionnaire" (PAQ)" . Soal selidik ini di ambil dari kajian Kuan Siew
Ling (2004). Kaedah statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah
peratusan dan kekerapan. Manakala ujian Korelasi Pearson dan ujian-t digunakan
untuk statistik inferensi. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan gaya asuhan autoritatif dengan tahap pencapaian akadernik pelajar.
Manakala tidak terdapat hubungan yang sigifikan gaya asuhan autoritarian dan
permisif dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian ini juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan gaya asuhan ibu bapa permisif dan autoritarian
yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Namun terdapat perbezaan gaya
asuhan ibu bapa autoritatif yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Ini
menunjukkan bahawa gaya asuhan ibu bapa antara faktor penting dalam
mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar.