Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran terhadap hak-hak klien dalam
etika kaunseling di kalangan kaunselor pelatih Universiti Malaysia Terengganu. Empat
aspek dalam etika kaunseling telah dikaji iaitu kerahsiaan, autonomi klien, keadilan
melayan klien, dan kebajikan klien. Pendekatan teori yang digunakan ialah Model
Taakulan Moral dan Etika (Model of Moral and Ethical Reasoning) yang diasaskan oleh
Kitchener (1984) dan Beauchamp dan Childrenss (1989). Pemboleh ubah bersandar bagi
kajian ini ialah tahap kesedaran. Manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah hak-hak
klien dalam etika kaunseling yang melibatkan aspek kerahsiaan, autonomi klien, keadilan
melayan klien dan kebajikan klien. Reka bentuk kajian yang digunakan merupakan reka
bentuk kajian deskriptif. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kajian tinjauan
dengan menggunakan lnstrumen Etika Kaunseling yang dibina oleh Ooi Hooi Imm
(2000). Nilai alpha yang diperolehi bagi reliabiliti ialah .93. Responden kajian terdiri
daripada pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Kaunseling iaitu seramai 70 orang.
Persampelan bertujuan digunakan bagi mendapatkan responden kajian untuk dijadikan
sebagai responden kajian.