DSpace Repository

Sintesis dan pencirian kitosan dari kulit udang

Show simple item record

dc.contributor.author Mohamad Redwani Mohd Jasni
dc.date.accessioned 2018-10-06T08:24:19Z
dc.date.available 2018-10-06T08:24:19Z
dc.date.issued 2010
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9575
dc.description.abstract Penyelidikan ini adalah bagi mengkaji pembuatan kitosan dari kulit udang serta penciriannya. Kegunaan kitosan adalah dalam aplikasi seperti dalam bidang bio­ perubatan, kosmetik, industri makanan, tekstil dan sebagainya. Selain itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mendapatkan perbandingan ciri-ciri kitosan yang asli dengan kitosan buatan dengan mengkaji biopolimer dan fizik bahan dalam sampel kitosan tersebut serta untuk mengetahui komposisi kimia kitosan asli dan buatan yang hendak dikaji. Penyediaan sampel tersebut melalui beberapa peringkat daripada mengisar dan mengayak dengan mendapat saiz yang paling kecil serta melalui proses sintesis seperti proses demineralisasi, proses diproteinisasi, proses penyahwamaan dan proses deasitilasi sebelum ia dianalisis dengan menggunakan instrumen fizik seperti Pembelauan Sinar X (XRD), Mikroskop lmbasan Elektron (SEM), Spektroskopi Fourier Inframerah (FTIR), dan Penyebaran Pembelauan Sinar (EDS). Penggunaan alat tersebut adalah bertujuan untuk melihat morfologi dalam mikrostruktur bahan tersebut setelah disintesis. Analisis dengan menggunakan alat Penyebaran Pembelauan Sinar (EDS) telah menunjukkan bahawa kandungan seperti oksigen, kalsium, fosforus, nikel, dan karbon wujud dalam sampel kitosan asli dan kitosan buatan tersebut yang sesuai digunakan dalam pembentukan apatit (Hidrosiapatit) sebagai produk bio­ perubatan dalam aplikasi kitosan pada zaman ini. Terdapat imej membran kitosan yang tidak mempunyai liang berrongga dan tekstur produk imej yang tanpa lubang pori-pori. Saiz yang sesuai untuk pencirian sintesis kitosan ialah 63 mikron kerana mempunyai pori-pori yang kecil dalam imej tersebut yang telah diselidik dengan menggunakan alat Mikroskop Imbasan Elektron (SEM) dalam kajian ini. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Mohamad Redwani Mohd Jasni en_US
dc.subject LP 6 FST 1 2010 en_US
dc.title Sintesis dan pencirian kitosan dari kulit udang en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account