Abstract:
Kajian tentang perumahan dijalankan untuk melihat sama ada wujud perbezaan
permintaan rumah bagi daerah negeri Terengganu berdasarkan kepada jenis projek
dan rumah. Kajian ini menggunakan data yang diperolehi daripada Perbadanan
Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bagi tempoh 11 tahun iaitu bermula
pada tahun 1997 sehingga 2007. Data projek perumahan diuji dengan menggunakan
kaedah analisis varians berganda (MANOVA) dan seterusnya dianalisis dengan
menggunakan perisian 'Statistical Package for the Social Science 11.5' (SPSS 11.5).
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara daerah
dengan jenis projek dan rumah.