DSpace Repository

Penyelesaian berangka model linear black-scholes bagi opsyen panggilan Eropah

Show simple item record

dc.contributor.author Farriz Ghazali
dc.date.accessioned 2018-10-08T07:35:35Z
dc.date.available 2018-10-08T07:35:35Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9651
dc.description.abstract Opsyen ialah kontrak yang memberikan hak namun bukan tanggungjawab untuk membeli atau menjual aset pada satu harga yang diberi dan pada masa yang telah ditetapkan. Model linear Black-Scholes telah diperkenalkan oleh Fisher Black dan Myron Scholes pada tahun 1973. Model linear Black-Scholes adalah antara model asas dalam menentukan harga opsyen. Walau bagaimanapun, model ini terbatas kepada beberapa andaian yang menyebabkan penggunaanya tidak releven di dunia ekonomi yang sebenar. Jika harga opsyen dinilai dengan tepat, maka faedah daripada penggunaannya adalah sangat banyak. Model linear Black-Scholes berbeza dengan model tak linear Black-Scholes di mana kadar kemeruapan bagi model linear Black­ Scholes adalah malar dan tidak bagi model tak linear Black-Scholes. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengaplikasikan penyelesaian berangka ke atas model linear Black-Scholes bagi mencari nilai opsyen. Kajian ini hanya ditumpukan kepada opsyen panggilan Eropah sahaja dengan penggunaan kaedah secara berangka pembezaan terhingga. Kajian mendapati nilai opsyen panggilan Eropah bagi model linear Black­ Scholes adalah stabil dan dipengaruhi beberapa faktor seperti masa, kadar faedah tanpa risiko dan kadar kemeruapan. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Farriz Ghazali en_US
dc.subject LP 6 FST 2 2009 en_US
dc.title Penyelesaian berangka model linear black-scholes bagi opsyen panggilan Eropah en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account