DSpace Repository

Suatu kajian pemodelan olakan haba satu matra dan dua matra : perbandingan beberapa kaedah beza terhingga dan pemalar kemeresapan haba

Show simple item record

dc.contributor.author Yeoh Seok Heon
dc.date.accessioned 2018-10-10T00:58:59Z
dc.date.available 2018-10-10T00:58:59Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9745
dc.description.abstract Kajian ini telah menggunakan kaedah berangka untuk menyelesaikan masalah olakan haba yang ditadbir oleh persamaan perbezaan separa jenis parabolik. Dengan membuat andaian syarat awal dan syarat sempadan yang sesuai, kaedah beza terhingga telah dipilih untuk menyelesaikan masalah olakan haba. Untuk menyelesaikan persamaan haba satu matra, empat kaedah beza terhingga telah dipilih iaitu kaedah beza ke-hadapan, kaedah beza ke-belakang, kaedah Crank-Nicolson dan kaedah DuFort-Frankel berdasarkan syarat kestabilannya. Dalam kajian ini, perbandingan yang berteraskan kepada masa pengiraan, ralat nilai simulasi dan ralat min kuasa dua (dengan penyelesaian tepat) telah dijalankan untuk mengenalpasti kaedah yang terbaik. Keputusan ujikaji telah menunjukkan kaedah beza ke-hadapan merupakan kaedah terbaik diikuti dengan kaedah DuFort-Frankel, kaedah Crank­ Nicolson dan kaedah beza ke-belakang. Seterusnya, kaedah beza ke-hadapan telah dipilih untuk menyelesaikan masalah olakan haba dua matra bagi suatu bar lurus atau plat bersegi empat sama yang diperbuat daripada satu bahan yang homogen. Masalah olakan haba dua matra dikaji dengan membandingkan nilai kemeresapan haba, o.2 yang berlainan, di mana nilai kemeresapan haba bergantung kepada ketumpatan bahan, haba tentu bahan dan pekali keberaliran haba. Tiga jenis bahan telah dipilih bagi ujikaji ini iaitu aluminium, perak dan granit. Keputusan ujikaji menunjukkan perak merupakan bahan penyebar haba yang paling baik diikuti dengan aluminium dan granit. Kajian ini mengesahkan keberkesanan penyebaran haba adalah bergantung kepada nilai kemeresapan haba. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Yeoh Seok Heon en_US
dc.subject LP 30 FST 3 2009 en_US
dc.title Suatu kajian pemodelan olakan haba satu matra dan dua matra : perbandingan beberapa kaedah beza terhingga dan pemalar kemeresapan haba en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account