Abstract:
Sistem biologi adalah bertujuan melihat kesan cahaya terhadap sel hidup dan
bagaimana sel hidup tersebut dipengaruhi untuk mencapai sesuatu tindakbalas.
Pemodelan dan simulasi pengisyaratan sel dan laluan metabolik sebagai jaringan
tindakan reaksi biokimia telah menghasilkan persamaan pembezaan biasa yang tidak
linear. Tetapi, parameter dalam sistem biologi tidak diketahui nilainya, maka ia akan
menghasilkan hasil kajian simulasi yang mengelirukan. Dengan itu, penganggaran
parameter perlu diimplikasikan di mana parameter tersebut biasanya boleh didapati
dengan meminimumkan satu fungsi objektif dengan lebih baik.