DSpace Repository

Faktor yang mempengaruhi dan tujuan penggunaan ICT di kalangan pelajar Matematik tahun tiga UMT

Show simple item record

dc.contributor.author Vani Subramaniom
dc.date.accessioned 2018-10-10T04:22:14Z
dc.date.available 2018-10-10T04:22:14Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9772
dc.description.abstract Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sangat bermanfaat jika digunakan secara positif. Namun kesan negatifnya juga tidak dapat diabaikan terutamanya di kalangan para pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Jadi, penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor dan tujuan yang mempengaruhi mereka menggunakan ICT. Teknik borang kaji selidik telah digunakan dan seramai 100 orang pelajar Matematik Kewangan dan Komputasi tahun 3 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dipilih dalam kajian ini. Model regresi berganda bagi faktor dan tujuan telah dihasilkan dengan menggunakan SPSS versi 11.5. Ujian yang dijalankan adalah Ujian-F dan Ujian-t. Dengan menggunakan a = 0.05, keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor yang paling dominan yang mempengaruhi penggunaan JCT di kalangan para pelajar ini adalah faktor minat yang mencatat nilai min yang tertinggi iaitu 0.694571. Manakala, tujuan mengakses maklumat pula menunjukkan nilai minnya yang tertinggi iaitu sebanyak 0.848000, sekaligus mencatatkan tujuan yang paling dominan. Hasil kajian menunjukkan bahawa, daripada 4 faktor dan 9 tujuan yang dikaji, terdapat hanya satu pembolehubah tak bersandar iaitu tujuan pembelajaran (r = 0.376, p = 0.071) yang mempunyai hubungan yang tidak signifikan dengan tahap penggunaan ICT di kalangan pelajar­ pelajar Matematik di UMT. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Vani Subramaniom en_US
dc.subject LP 36 FST 2 2009 en_US
dc.title Faktor yang mempengaruhi dan tujuan penggunaan ICT di kalangan pelajar Matematik tahun tiga UMT en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account