DSpace Repository

Peramalan demografi menggunakan model pertumbuhan : kajian kes di Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Rhaquel Pamela Ramon
dc.date.accessioned 2018-10-10T04:23:34Z
dc.date.available 2018-10-10T04:23:34Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9778
dc.description.abstract Demografi adalah kaj ian tentang pertumbuhan penduduk di suatu kawasan yang dipengaruhi oleh kelahiran, kematian dan migrasi. Dalam kajian ini, peramalan demografi dijalankan bagi mengkaji pertumbuhan penduduk di Malaysia dengan menggunakan model pertumbuhan iaitu model pertumbuhan eksponen, geometri dan logistik. Pembinaan model pertumbuhan dilakukan dengan menggunakan data lampau penduduk dari tahun 1963 hingga 2008. Dengan model pertumbuhan ini, ramalan penduduk di Malaysia dari tahun 2009 hingga 2013 diperoleh. Bagi menguji kejituan model pertumbuhan dalam peramalan demografi, kaedah analisis digunakan seperti Ralat Peratus Mutlak (Absolute Percentage Error (APE)), Min Ralat Peratus Mutlak (Mean Absolute Percentage Error (MAPE)) dan Min Sisihan Mutlak (Mean Absolute Deviation (MAD)). Hasil dapatan mendapati bahawa model pertumbuhan logistik adalah model yang terbaik untuk peramalan demografi di mana penduduk di Malaysia diramalkan mencecah lebih kurang 33 juta penduduk pada tahun 2013 dengan ralat peramalan MAPE sebanyak 2.08%. Dengan ini, pertumbuhan penduduk di Malaysia dapat diramal dan amat berguna kepada perancangan dan pembangunan negara. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Rhaquel Pamela Ramon en_US
dc.subject LP 30 FST 2 2009 en_US
dc.title Peramalan demografi menggunakan model pertumbuhan : kajian kes di Malaysia en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account