DSpace Repository

"Kesengsaraan berganda-kemiskinan dan kanser' : kemiskinan menyebabkan kesukaran untuk pesakit kanser sembuh

Show simple item record

dc.contributor.author Noor Aisyah Md Arifin
dc.date.accessioned 2018-10-10T04:26:16Z
dc.date.available 2018-10-10T04:26:16Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9789
dc.description.abstract Penyakit kanser sering dikaitkan dengan kemiskinan yang mana akan menyumbang kepada peningkatan dalam kadar kematian akibat kanser. Kanser pula merupakan pembunuh nombor satu bagi kaum wanita di Malaysia. Akan tetapi, kemiskinan bukanlah faktor utama yang menyebabkan kesukaran untuk pesakit kanser sembuh. Kajian ini dijalankan adalah penting untuk mengkaji kekuatan hubungan antara kemiskinan dengan faktor umur, jantina dan keadaan geografi pesakit kanser yang mana menyebabkan kesukaran untuk pesakit sembuh dan memberikan kesengsaraan berganda kepada mereka. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang pesakit telah digunakan untuk melihat kesengsaraan berganda pesakit dan data yang diperolehi dikaji menggunakan Model Regresi Linear Berganda untuk mengkaji kekuatan hubungan antara kemiskinan dengan faktor umur, jantina dan keadaan geografi pesakit. Dalam model ini faktor umur, jantina dan keadaan geografi mewakili sebagai pembolehubah tidak bersandar manakala kemiskinan mewakili sebagai pembolehubah bersandar. Melalui kajian ini didapati bahawa faktor umur dan jantina tidak bererti kepada model dan hanya faktor keadaan geografi yang bererti kepada model dan mempengaruhi kesukaran pesakit untuk sembuh. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa kemiskinan bukanlah faktor utama yang menyebabkan kesukaran untuk pesakit kanser sembuh. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Noor Aisyah Md Arifin en_US
dc.subject LP 19 FST 2 2009 en_US
dc.title "Kesengsaraan berganda-kemiskinan dan kanser' : kemiskinan menyebabkan kesukaran untuk pesakit kanser sembuh en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account