DSpace Repository

Hubungan keutamaan intuisyenistik dalam pemilihan hotel

Show simple item record

dc.contributor.author Mukminah Darus
dc.date.accessioned 2018-10-10T04:26:40Z
dc.date.available 2018-10-10T04:26:40Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9791
dc.description.abstract Pembuatan keputusan adalah cukup penting untuk kesempurnaan di dalam kehidupan. Begitu halnya dalam pemilihan hotel yang memerlukan proses pembuatan keputusan supaya keputusan yang terhasil adalah tepat dan berkesan. Justeru, kajian ini mencadangkan satu kaedah pembuatan keputusan pemilihan hotel yang efektif melalui pendekatan set kabur intuisyenistik dengan mempertimbangkan kriteria keselesaan, perkhidmatan, harga, kemudahan dan keselesaan. Set kabur intuisyenistik dicirikan oleh fungsi keahlian dan fungsi bukan keahlian. Seterusnya satu pendekatan dibangunkan dengan membuat kaedah pembuatan keputusan berdasarkan hubungan­ hubungan keutamaan intuisyenistik dengan operator purata aritmetik kabur intuisyenistik dan operator purata aritmetik kabur intuisyenistik berpemberat yang digunakan untuk mengagregatkan maklumat keutamaan intuisyenistik. Fungsi skor dan fungsi tepat juga digunakan untuk menilai kedudukan dalam proses pemilihan altematif-altematif. Fungsi skor yang lebih besar menunjukkan altematif yang lebih diutamakan, manakala nilai fungsi tepat yang lebih besar merupakan altematif yang paling tidak diutamakan. Hasil kajian mendapati hotel yang menyediakan perkhidmatan terbaik, keselesaan dan keselamatan yang rapi dengan harga yang rendah adalah lebih diutamakan berbanding hotel yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan harga yang lebih tinggi. Pendekatan set kabur intuisyenistik dilihat mampu menyelesaikan masalah pemilihan hotel. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Mukminah Darus en_US
dc.subject LP 17 FST 2 2009 en_US
dc.title Hubungan keutamaan intuisyenistik dalam pemilihan hotel en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account