Abstract:
Sistem kewangan merupakan tunggak sesebuah ekonomi. Sistem kewangan yang kukuh
dan stabil, disokong oleh satu rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan yang
komprehensif, merupakan faktor positif yang menyokong potensi pertumbuhan di
Malaysia. Secara umumnya kaj ian ini adalah untuk mengkaj i faktor-faktor yang
mempengaruhi keuntungan Bank Rakyat, terutamanya kecekapan bank. Data-data yang
digunakan dalam kajian ini adalah data sekunder iaitu dengan menggunakan cross
sectional data atau data keratan rentas mengikut cawangan. Tahun yang digunakan
dalam kajian ini adalah pada tahun 2007. Sebanyak 112 buah cawangan bank digunakan
dalam kajian ini. Bagi menganalisis data, dalam kajian ini telah menggunakan dua
model iaitu data envelopment analysis (DEA) dan model regrasi berbilang. Model DEA
digunakan untuk mengukur kecekapan dengan menggunakan input dan output bagi
memaksimumkan keuntungan. Manakala model regrasi berbilang pula digunakan untuk
menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi keuntungan bank. Bagi model regrasi
melalui pendekatan ekonometrik, data dianalisis dengan menggunakan perisian E
Views. Model regrasi berbilang menggunakan keuntungan sebagai pembolehubah
bersandar manakala pembolehubah bebas adalah kecekapan, ciri-ciri bank dan
persekitaran ekonomi. Ciri-ciri bank diwakili oleh belanja kendalian, faedah bersih dan
aset manakala persekitaran ekonomi diwakili oleh inflasi. Hasil kajian membuktikan
bahawa wujudnya kesan yang positif antara pembolehubah bebas iaitu kecekapan
dengan keuntungan bank. Selain itu hasil kajian terhadap ciri-ciri bank iaitu belanja
kendalian, faedah bersih dan aset mendapati terdapat hubungan antara ciri-ciri bank
dengan keuntungan bank. Persekitaran ekonomi pula memberikan kesan negatif
terhadap keuntungan bank.