Abstract:
Sabah merupakan sebuah negeri yang terletak di Sahagian Utara Borneo dan ia telah
dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah bayu". Negeri Sabah adalah salah satu daripada
destinasi pelancongan utama di Malaysia. Negeri ini kaya dengan keindahan alam
semulajadi seperti Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu, Pulau Sipadan, Pulau Gaya,
Pulau Manukan, Pulau Tiga, dan Pusat Rehabilitasi Orang Utan Sepilok. Selain itu,
kepelbagaian suku kaum yang terdapat di negeri ini dapat menarik minat pelancong dari
dalam dan luar negara untuk melawat negeri ini. Sektor pelancongan memberi
sumbangan kepada aktiviti ekonomi negeri. Tujuan kajian ini adalah bagi mengukur
prestasi dan impak pelancongan kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini. Data siri
masa yang digunakan dalam kajian ini mulai tahun 1995 hingga tahun 2006 untuk
menganalisis kesan ketibaan pelancong domestik terhadap pertumbuhan ekonomi
negeri. Terdapat dua pembolehubah pelancongan yang digunakan dalam kajian ini iaitu
ketibaan tempatan dan pendapatan pelancongan (tourism receipt). Selain itu, soal
selidik juga digunakan mengenal pasti penentu ketibaan pelancong domestik ke negeri
Sabah. Dapatan kajian mengenlpasti bahawa ketibaan pelancong domestik dipengaruhi
faktor penawaran seperti tahap kebersihan destinasi pelancongan dan kemudahan
infrastruktur yang ditawarkan oleh sektor pelancongan. Dapatan kajian juga
menunjukkan impak sektor pelancongan memberi kesan positif ke atas pertumbuhan
ekonomi negeri ini.