Abstract:
Kajian ini merupakan percubaan mengaplikasikan Permainan Bidding Kaedah Penilain
Kontingen (CVM) untuk menganggarkan kesanggupan membayar individu (WTP)
terhadap pengurusan sisa kumbahan yang lebih holistik bagi meningkatkan kualiti sungai.
Pengurusan sisa kumbahan adalah sangat penting bagi sesebuah negara khususnya di
kawasan bandaraya. Oleh yang demikian skop kajian ini meliputi kawasan kajian di
bandaraya Ipoh disamping mengkaji pengurusan IWK (Indah Water Konsortium) dalam
menguruskan sisa kumbahan dengan cekap. Hasil keputusan 200 orang responden yang
disoal selidik secara individu digunakan dalam kajian ini menyatakan, purata nilai
kesanggupan membayar adalah RM 2.24 sebagai kadar peningkatan caj pembentungan
manakala faedah bersih yang akan diperoleh oleh masyarakat adalah sebanyak RM l 592
188. Keputusan ini menunjukkan masyarakat yang terdiri daripada pengguna
perkhidmatan IWK sanggup membayar untuk membaiki kualiti sungai dan lain-lain
kesan negatif akibat daripada pengurusan kumbahan yang tidak holistik.