Abstract:
lnflasi merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan. Manakala dasar
kewangan merupakan strategi yang sering digunakan oleh kerajaan pusat dalam
menangani inflasi. Kertas Projek ini bertujuan untuk mengkaji kesan dasar kewangan
terhadap inflasi. Selain daripada komponen dasar kewangan, kadar pertukaran asing
juga dimasukkan ke dalam model kajian tersebut. Skop yang dikaji adalah di Malaysia
dengan data dari tahun 1976 hingga 2007. Kaedah kointegrasi telah membuktikan kadar
inflasi mempunyai hubungan jangka panjang antara kadar inflasi dengan kuantiti wang,
kadar bunga dan kadar pertukaran. Manakala Ujian Penyebab Granger menunjukkan
bahawa wujudnya dua hubungan antara pembolehubah-pembolehubah iaitu, kadar
inflasi merupakan penyebab kepada kadar bunga dan kadar pertukaran merupakan
penyebab kepada kuantiti wang. Kajian ini mendapati bahawa dasar kadar pertukaran
lebih berkesan dan lebih memberi kebajikan kepada masyarakat berbanding dengan
dasar kewangan semasa kegawatan ekonomi.