Abstract:
Sektor industri merupakan antara sektor yang penting dalam mempengaruhi
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara di mana ia mewujudkan banyak peluang
pekerjaan seterusnya menjanakan pembangunan ekonomi nagara. Sesebuah negara
adalah sukar maju tanpa menceburi sektor industri seperti negara Jepun, Singapura
dan lain-lain negara yang maju. Sehubung dengan ini, kajian ini akan cuba melihat
keupayaan dan kesan kecekapan sumbangan sektor perindustrian kepada pertumbuhan
ekonomi Pulau Pinang di mana ia merupakan sektor yang kedua penting selepas sektor
perkhidmatan dan menyumbangkan sekurang-kurangnya 45% bagi KDNK dan
mewujudkan hampir 200,000 peluang pekerjaan. Kajian ini cuba menjelaskan
kepentingan sektor industri dalam pembangunan ekonomi di Pulau Pinang dan juga
perkembangan kecekapan sektor industri mempengaruhi perkembangan sektor-sektor
yang lain dalam pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang. Bagi menilai kecekapan kajian ini,
perisian Data Envelopment Analysis (DEA) digunakan untuk mengaji kecekapan
penjanaan pendapatan di Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati Pulau Pinang masih
kekurangan modal untuk menbangunkan lagi sektor industri dan potensi untuk
berkembangan lagi. Oleh itu, kerajaan seharus menarik lebih ramai pelabur untuk
melabur dalam sektor industri untuk memajukan sektor industri di Pulau Pinang.
Seterusnya mengurangkan import dan meningkatkan eksport.