Abstract:
Masalah kemiskinan masih lagi menjadi momok yang membelenggu kerajaan dan
seringkali dikaitkan dengan umat Islam. Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga yang
wajib dlaksanakan bagi semua umat lslam.Kutipan zakat akan diagihkan kepada lapan
asnaf yang layak meliputi fakir dan miskin. Sejajar dengan funsi sosial, zakat memiliki
rah membasmi kemiskinan dan berkongsi kebahagiaan antara golongan kaya dan
miskin, mengajar umat islam membersihkan diri dan menjauhkan sifat tamak yang
bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam. Kini, pengurusan Pusat Pungutan zakat
diletakkan d bawah pengawasan Majlis Agama Islam. Maka tidak hairanlah wujud
perbezaan dari segi pengurusan dan pentadbiran dalam pengagihan zakat. Keadaan ini
mewujudkan persoalan iaitu sejauhmanakah keberkesanan zakat dapat membasmi
kemiskinan masyarakat Islam di Malaysia amnya dan di Negeri Melaka khasnya. Bagi
mencapai objektif kajian, kaedah analisis ekonometrik akan digunakan bagi
memperkukuh hasil keputusan akhir dengan melihat hubungan antara pembolehubah
pembolehubah yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan jangka masa
pendek antara semua pembolehubah. Dapatan kajian juga menunjukkan kadar
kemiskinan mempunyai pengaruh terhadap bilangan fakir miskin. lni bersesuaian
dengan situasi sekarang di mana apabila kadar kemiskinan menurun, jumlah fakir miskin
dalam masyarat juga akan menurun.