Abstract:
Pembangunan modal insan adalah merupakan aset penting bagi negara kita
bagi melahirkan guna tenaga yang kompetitif pada masa hadapan. Kerajaan
juga telah menggariskan pembangunan modal insan yang berpengetahuan,
mahir serta inovatif bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan
dapat mengubahnya kepada sistem ekonomi yang lebih berpengetahuan.
Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah mengenalpasti faktor seperti
taraf pendidikan, pengalaman bekerja, kemahiran serta tingkat usaha yang
mempengaruhi perbezaan tingkat pendapatan antara golongan yang
berpendapatan tetap dengan golongan yang bekerja sendiri/usahawan dengan
menggunakan analisis regrasi berbilang melalui beberapa pengujian seperti
pengujian-t dan pengujian-F. Berdasarkan hasil kajian, mendapati bahawa taraf
pendidikan dan pengalaman bekerja mempengaruhi tingkat pendapatan atau
keuntungan bagi kedua-dua golongan ini. Maka kerajaan perlu memainkan
peranan bagi memastikan masyarakat hari ini bijak memilih peluang pekerjaan
demi menjamin masa depan mereka.