Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengukur penilaian ekonomi terhadap program
pemuliharaan dan pemeliharaan artifak yang kaya dengan nilai warisan di Bukit Puteri,
Kuala T erengganu. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk melihat secara
menyeluruh terhadap abjektif yang telah dibina. Kajian ini menggunakan kaedah
penilaian kontingen (CVM) dan pemilihan responden seramai 150 orang dilakukan
secara rawak dengan menggunakan persampelan rawak. Kaedah perisian SPSS 15.0
( Statistical Package for Social Science) di mana perisian ini akan membantu
mendapatkan keputusan yang lebih cepat dan tepat dalam menganalisis data untuk
kajian ini. Secara keseluruhannya hasil kajian yang diperolehi, pengkaji dapat membuat
rumusan bahawa program pemeliharaan dan pemuliharaan penting dalam
mengekalkan keaslian artifak- artifak yang bersejarah di Bukit Puteri. lni dapat dijelaskan
dalam kajian ini dimana kesanggupan membayar (WTP) masyarakat menunjukkan
terdapat hubungan positif dengan pembolehubah pendapatan bulanan individu dan
tahap kesedaran.