Abstract:
Penyelidikan ini lebih memfokuskan kepada penyelidikan untuk melihat sejauhmana
impak limpahan pembangunan fizikal di Kuala Terengganu terhadap sosioekonomi
masyarakatnya. Kajian ini dilakukan menggunakan data sekunder iaitu soal selidik
responden seramai 200 orang penduduk sekitar Kuala Terengganu sahaja dan
penganalisaan dilakukan menggunakan kaedah diskriptif dan pengujian model binomial
logit. Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan adanya pembangunan projek-projek di
Kuala Terengganu ini akan memberi impak limpahan pembangunan terhadap
sosioekonomi penduduk setempat. Hal ini dibuktikan dengan hasil kajian yang
diperolehi iaitu majoriti masyarakat secara umumnya mengatakan bahawa menerima
limpahan daripada pembangunan fizikal tersebut. Dari segi persepsi masyarakat
mengatakan bahawa adanya peluang pemiagaan dan peningkatan infrastruktur
menunjukkan projek-projek pembangunan di Kuala Terengganu memberi impak
limpahan kepada reponden sekaligus kepada masyarakat. Dapatan dalam kajian ini
sekaligus dapat memperlihatkan terdapatnya kelemahan perancangan pembangunan di
Kuala Terengganu dalam mengintegrasikan hubungan pembangunan projek-projek bagi
peningkatan sosioekonomi masyarakat yang lebih baik. Berdasarkan daripada hasil
penyelidikan ini pihak yang terlibat haruslah memfokuskan perancangan pembangunan
projek-projek fizikal agar diteliti dan disemak semula kearah strategi pembangunan
yang lebih menyeluruh.