Abstract:
Kenaikan harga minyak petrol merupakan satu masalah yang sering diperkatakan
dikalangan masyarakat. Didapati kenaikan harga minyak memberi kesan kepada
masyarakat dari segi taraf hidup, kuasa beli, ketidak seimbangan bajet dan sebagainya.
Maka dengan itu, objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah untuk mengkaji
kesan akibat kenaikan harga minyak terhadap sosioekonomi masyarakat di negeri
Terengganu. Berdasarkan kajian-kajian yang lepas oleh Richard Westoby (1986) telah
membuktikan bahawa kenaikan harga minyak memberi kesan negatif kepada
perubahan terhadap GDP dalam sesebuah negara. Manakala kajian yang dilakukan
oleh Pindycks (1999), menyatakan bahawa kenaikan harga minyak mengubah taraf
hidup seseorang dari segi kuasa beli pengguna akan menurun akibat daripada kenaikan
harga minyak. Justeru itu, menerusi kajian ini, kaedah soal selidik digunakan dengan
mengambil kira data primer bagi 145 orang responden di negeri Terengganu. Kaedah
statistik telah digunakan iaitu melalui pengujian nilai-p (p-value) dengan aras keertian (a)
0.05 yang mana pengujian ini dilakukan untuk melihat sama ada terdapat hubungan
yang signifikan terhadap pembolehubah dengan menggunakan pakej SPSS. Hasil kajian
mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kenaikan harga minyak
dengan pendapatan, taraf hidup, kenaikan harga barang, kos sara hidup, keseimbangan
bajet sebulan dan simpanan. Kesimpulannya, pelbagai cadangan telah dikemukakan
bagi mengurangkan masalah kenaikan harga minyak terhadap di kalangan masyarakat.