DSpace Repository

Analisis mengenai kenaikan harga minyak petrol dan kesannya terhadap sosioekonomi masyarakat di Negeri Terengganu

Show simple item record

dc.contributor.author Shobana Rajandaran
dc.date.accessioned 2018-10-10T04:37:54Z
dc.date.available 2018-10-10T04:37:54Z
dc.date.issued 2009
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9833
dc.description.abstract Kenaikan harga minyak petrol merupakan satu masalah yang sering diperkatakan dikalangan masyarakat. Didapati kenaikan harga minyak memberi kesan kepada masyarakat dari segi taraf hidup, kuasa beli, ketidak seimbangan bajet dan sebagainya. Maka dengan itu, objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah untuk mengkaji kesan akibat kenaikan harga minyak terhadap sosioekonomi masyarakat di negeri Terengganu. Berdasarkan kajian-kajian yang lepas oleh Richard Westoby (1986) telah membuktikan bahawa kenaikan harga minyak memberi kesan negatif kepada perubahan terhadap GDP dalam sesebuah negara. Manakala kajian yang dilakukan oleh Pindycks (1999), menyatakan bahawa kenaikan harga minyak mengubah taraf hidup seseorang dari segi kuasa beli pengguna akan menurun akibat daripada kenaikan harga minyak. Justeru itu, menerusi kajian ini, kaedah soal selidik digunakan dengan mengambil kira data primer bagi 145 orang responden di negeri Terengganu. Kaedah statistik telah digunakan iaitu melalui pengujian nilai-p (p-value) dengan aras keertian (a) 0.05 yang mana pengujian ini dilakukan untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan terhadap pembolehubah dengan menggunakan pakej SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kenaikan harga minyak dengan pendapatan, taraf hidup, kenaikan harga barang, kos sara hidup, keseimbangan bajet sebulan dan simpanan. Kesimpulannya, pelbagai cadangan telah dikemukakan bagi mengurangkan masalah kenaikan harga minyak terhadap di kalangan masyarakat. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Shobana Rajandaran en_US
dc.subject LP 57 FPE 2 2009 en_US
dc.title Analisis mengenai kenaikan harga minyak petrol dan kesannya terhadap sosioekonomi masyarakat di Negeri Terengganu en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account