| dc.description.abstract |
Perumahan yang menjadi salah satu daripada aspek terpenting sebagai sumber
penghidupan manusia agar hidup selesa dan menjadi aspek pelaburan terpenting
bagi negara sepertimana negara Australia yang mementingkan perumahan sebagai
impian terindah dalam hidup. Dalam menilai prospek perumahan di Sabah yang
mempunyai potensi pembangunan perumahan yang berkembang disebabkan
daripada sumber tanah yang banyak, bilangan pengguna yang semakin bertambah
dan kos pembinaan yang murah kerana insentif yang pelbagai diberi kepada
kontraktor menjadikan perumahan di Sabah boleh memacu kemajuan negeri ini.
Kajian ini yang melihat aspek pembelian hartanah kediaman perumahan di Sabah
dengan memberi tumpuan kawasan Kota Kinabalu sebagai kawasan kajian dengan
menggunakan data secara secara soal selidik. Daripada hasil kajian, didapati
perbezaan yang ketara wujud dalam aspek perumahan Sabah dengan negara lain
walaupun begitu ianya dapat membantu dalam menilai kemampuan penduduk negeri
Sabah dalam membuat pemilikan perumahan dan juga menilai citarasa penduduk
negeri ini yang akan membantu dalam proses pembangunan perumahan negeri
dalam mengatasi masalah setinggan. Daripada kajian yang di buat ini juga, prespesi
penduduk setempat dalam pasaran perumahan turut di nilai untuk membantu proses
pembangunan dan penyusunan kaum yang pelbagai di negeri Sabah dan akan
membantu dalam penilaian polisi-polisi kerajaan. Jenis perumahan yang mampu
dimiliki di Sabah yang diperolehi daripada kajian akan membantu bagi mengelakkan
kerugian kepada kerajaan dan pemaju perumahan dan pembinaan adalah
berteraskan permintaan. lni kerana kediaman tidak terjual di Sabah melalui laporan
pusat maklumat hartanah negara 2007 (NAPIC) adalah bertambah dan ini banyak
berpunca daripada sasaran pengguna yang salah. Oleh itu, daripada kajian ini
adalah amat di harapkan prespesi dan prospek perumahan di Sabah akan dapat
dilihat secara jelas dan terperinci justeru akan membantu dalam mengurangkan
bilangan rumah tidak terjual dan kehendak pengguna dalam aspek hartanah
kediaman perumahan ini akan tercapai. |
en_US |