Abstract:
Sungai Petani merupakan salah satu sungai angkat bagi kerajaan negeri Kedah yang
akan dipulih dan dipelihara dibawah Program Satu Negeri Satu Sungai. Objektif
program ini adalah bagi memastikan sungai bersih, hidup dan bemilai dengan mencapai
kualiti air kelas II menjelang 2015 (JPS,2008). Manakala kertas kerja ini akan melihat
sejauh mana masyarakat akan menerima faedah daripada program tersebut. Laporan
kertas kerja akan menggangarkan nilai kepada peningkatan kualiti air sungai
menggunakan kaedah CVM dengan aplikasi format pilihan dikotomi. Kajian yang
dijalankan mempunyai objektif seperti mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
kesanggupan membayar pengguna (WTP) dalam peningkatan kualiti air sungai,
menganggarkan nilai WTP maksimum masyarakat dalam peningkatan kualiti air sungai
dan mengira faedah bersih masyarakat terhadap peningkatan kualiti air sungai. Hasil
kajian mendapati angggaran nilai WTP adalah sebanyak RM 3.87701 sebagi tambahan
kepada bil utiliti bulanan bagi neningkatan kualiti air sungai. Hasil kajian akan membantu
pembuat keputusan terutamaannya kerajaan persekutuan dalam menggubal polisi
berkaitan dengan peningkatan kualiti air sungai. Selain itu juga, hasil kajian dapat
membantu kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar terutamanya terhadap
kualiti air sungai.