Abstract:
lndustri elektrik dan elektronik (E&E) adalah penggerak utama kepada pertumbuhan
keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia. lndustri E&E telah menyumbang nilai
tambah tertinggi kepada sektor pembuatan Malaysia pada tahun 2007. Kajian ini
dijalankan bagi mengenalpasti faktor FDI dan eksport E&E yang mempengaruhi
perkembangan sektor pembuatan dan kesannya kepada pertumbuhan ekonomi
Malaysia. Kajian ini menggunakan model Regresi Berbilang dan hasil yang diperolehi
menunjukan FDI mempunyai hubungan songsang dengan KDNK. Manakala eksport
E&E mempunyai hubungan positif dengan KDNK. Hasil keputusan yang dianalisis
dengan menggunakan perisian E-View telah menunjukkan ketiga-tiga pembolehubah
adalah pegun. Tetapi, ketiga-tiga pembolehubah diuji lagi dengan ujian VAR dan ujian
Granger Causaliti yang menunjukkan tiada hubungan dalam jangka masa panjang.
Keseluruhan hasil keputusan yang diperolehi telah menunjukkan ketiga-tiga
pembolehubah tiada hubung kait antara satu sama lain dalam jangka masa panjang.
Walaupun ketiga-tiga pembolehubah tiada hubungan kait namun nilai kebarangkalian
dalam ujian Ramsey dan ujian LM masih menunjukkan signifikan dalam FDI dan eksport
E&E.