Abstract:
Kajian ini menilai projek Pertubuhan Peladang Negeri Pahang terhadap sosioekonomi
peladang di daerah Kuantan. Analisis Diskriptif dan model regresi digunakan dalam
kajian ini. Dalam kajian ini, ia melibatkan empat pembolehubah bebas iaitu keuntungan
atau prestasi projek perladangan sebagai pembolehubah bersandar, tiga pembolehubah
bebas iaitu jumlah modal saham, nilai projek perladangan dan nilai khidmat kejenteraan
ladang. Kajian menunjukkan sebelum ini sektor pertanian telah diabaikan dan kurang
diberi perhatian tetapi realiti sebenarnya sektor pertanian mempunyai potensi yang
tinggi untuk dimajukan melalui kepelbagaian yang terdapat dalam sektor ini. Sektor
pertanian mampu meningkatkan kadar pertumbuhan dalam jangka panjang bagi
sesebuah negara berasaskan pengetahuan yang dimiliki oleh negara tersebut
contohnya dari segi kepakaran dalam teknologi bioteknologi. Penggubal dasar dalam
sesebuah negara berkecenderungan menggubal polisi bagi meningkatkan pertumbuhan
dalam sektor pertanian. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk
meningkatkan sektor pertanian.