Abstract:
Sebelum ini sektor pertanian telah diabaikan dan kurang diberi perhatian, tetapi realiti
sebenarnya sektor pertanian mempunyai potensi yang tinggi untuk dimajukan melalui
kepelbagaian yang terdapat dalam sektor ini. Sektor pertanian mampu meningkatkan
kadar pertumbuhan dalam jangka panjang bagi sesebuah negara berasaskan pengetahuan
yang dimiliki oleh negara tersebut. Penggubal dasar dalam sesebuah negara
berkecenderungan menggubal polisi bagi meningkatkan pertumbuhan sektor ini iaitu dari
segi peningkatan dalam permintaan dan penawaran. Objektif utama kajian ini ialah untuk
menganalisis kecekapan yang dicapai dalam sektor pertanian melalui penggunaan
Analisis Penyampulan Data (DEA). Di akhir kajian, beberapa cadangan telah
dikemukakan bagi mengimbangi ketidakseimbangan perhubungan di antara
pembolehubah kajian ini.